Peria Pantai

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Peria Pantai
Nama Saintifik: Colubrina asiatica
Nama Lain: Peria laut, Lather bush
Famili: Rhamnaceae
Lokasi Dijumpai: Pantai Seagate Penang
Asal:: Tumbuhan tempatan

 

KETERANGAN:

Peria pantai boleh dijumpai di Afrika timur ke India, Asia Tenggara, Kawasan tropika di Australia, kepulauan Pasifik. Merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa dijumpai di kawasan pantai di Malaysia. Ia dari jenis tumbuhan renek yang rendah dengan ranting yang panjang. Panjang rantingnya oleh mencapai hingga 20 kaki. Namun kerana sifat rantingnya yang lembut dan melentur ke bawah tumbuhan ini tetap menjadi tumbuhan yang agak rendah dan ketinggiannya hanya sekitar 6 hingga 10 kaki sahaja.

Daunnya berbentuk bujur telur dan saiznya lebin kurang 2 hingga 5 inci panjang dan 1 hingga 3 inci lebar. Daunnya mudah dikenali kerana permukaannya yang bersinar seolah-olah ada satu lapisan plastik yang melitupi permukaannya. Bunganya pula kecil dan berwarna putih kehijauan. Buahnya pula berbentuk kapsul kecil yang berdiameter sekitar i inci, berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat tua apabila matang. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang cepat membiak dan membentuk koloni yang tebal dan menjadi ancaman pada tumbuhan lain.

 

KEGUNAAN:

Ia mengandungi apoi. Peria pantai dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu, selain itu ia juga dijadikan sayuran untuk masakan seperti masak lemak. Ia juga dikatakan dapat menstabilkan tekanan darah selain dari membantu mengawal diabetes. Selain dari kegunaan perubatan ia juga digunakan sebagai sabun kerana keupayaan daunnya menghasilkan buih jika diramas dalam air.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Peria Pantai
Scientific Name: Colubrina asiatica
Other Name: Peria laut, Lather bush
Family: Rhamnaceae
Location: Pantai Seagate Penang
Origin: Tumbuhan tempatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *