Perah

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Perah
Nama Saintifik: Elateriospermum tapos
Nama Lain:
Famili: Euphorbiaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal::

 

KETERANGAN:

Pokok perah merupakan sejenis pokok hutan yang tinggi dan ia tumbuh menegak. Struktur pokoknya merimbun dengan dahan yang banyak dan daun yang lebat. Pokok in merupakan pokok dari keluarga yang sama dengan pokok getah dan mempunyai ciri yang sama seperti daun dan batang yang bergetah dan buah yang akan meletup apabila matang dan menghasilkan biji. Biji perah , berbentuk bujur , berwarna coklat dengan cengkerang biji yang keras dan berkilat serta mempunyai permukaan yang licin. Perah boleh membiak melalui keratan batang dan biji benih.

 

KEGUNAAN:

Getah dari pokok perah digunakan untuk merawat penyakit malaria dengan cara menyapunya pada badan. Kaedah perubatan ini diamalkan oleh masyarakat orang asli dari suku temiar. Ia juga dijadikan gam dan digunakan pada buluh sumpit. Selain dari itu buah perah juga dimakan setelah direbus atau dibakar dalam buluh. Ia juga dijadikan jeruk. Pengambilan buah perah yang tidak di masak sepenuhnya (masih bergetah) boleh menyebabkan kesan keracunan.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Perah
Scientific Name: Elateriospermum tapos
Other Name:
Family: Euphorbiaceae
Location: Tumbuhan Liar
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *