Parisan

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Parisan
Nama Saintifik: Euphorbia milli
Nama Lain: crown-of-thorns
Famili: Crassulaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal::

 

KETERANGAN:

Merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang banyak di tanam di sekitar rumah kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Tumbuhan ini mempunyai duri yang tajam dan panjang di seluruh batangnya. Daunnya akan mudah gugur apabila disentuh jika dibiarkan terlalu kering tanpa air. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang tahan lama. Walaupun daunnya telah gugur ia akan cepat tumbuh kembali jika diberikan air yang mencukupi. Ia mempunyai bunga yang menarik yang boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, kuning, oren, peach, merah jambu dan merah terang. Terdapat juga pelbagai spesies kacukan dengan bunga yang lebih menarik dan pelbagai. Sebenarnya kelopak yang berwarna yang dianggap sebagai bunga itu bukanlah bunga yang sebenarnya. Sama seperti bunga kertas dan beberapa jenis bunga lagi, ianya ialah pengasuh bunga (bract) . Bunga sebenarnya ialah bunga kecil yang berwarna putih yang terletak di tengah pengasuh bunga tersebut. Cara paling mudah kuntum membiakkan tumbuhan ini ialah melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga sepanjang tahun dan akan berbunga dengan optimum jika didedahkan kepada cahaya matahari yang maksimum.

 

KEGUNAAN:

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Parisan
Scientific Name: Euphorbia milli
Other Name: crown-of-thorns
Family: Crassulaceae
Location: Tumbuhan hiasan
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *