Pandan Wangi

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida


Nama Tempatan: Pandan Wangi
Nama Saintifik: Pandanus odorus
Nama Lain: Pandan, Daun pandan, Rumpe (disebut rum-pay) , Screwpine, Pandon, Screw
Palm, Ketaki, Fara, Hala, Fala, Vadra
Famili: Pandanaceae
Lokasi Dijumpai: Ditanam sebagai tumbuhan masakan di sekitar rumah
Asal::

KETERANGAN:

Terdapat beberapa spesies dalam famili pandanacea antaranya ialah pandan wangi atau daun pandan yang digunakan dengan meluas dalam kebanyakan masakan Melayu tradisional. Pandan wangi ialah sejenis tumbuhan berumpun dan boleh mencapai ketinggian antara 1 hingga 2 meter. Batangnya sebelum muncul daun disokong oleh akar yang timbul dari permukaan tanah. Daunnya licin dan berkilat mempunyai panjang sekira 50 cm. Pandan menyukai medium yang agak lembab dan selalunya tumbuh subur di kawasan yang agak berair. Ia membiak melalui pecahan rumpun dan anak yang terhasil dari rizomnya. Pandan digunakan sebagai perisa dan pewarna makanan di semua negara ASEAN. Daunnya digunakan untuk memberikan aroma pada nasi, kari dan masakan seperti kuih muih. Untuk mendapatkan baunya dan membuat sirap, beberapa helai daun pandan disimpul bersama dan direbus bersama air dan gula. Daunnya boleh juga digunakan untuk membungkus ikan dan ayam sebelum dibakar. Kaum Cina juga menggunakan daun pandan untuk membungkus pulut atau dumpling.

 

KEGUNAAN:

Pandan boleh dijadikan teh untuk menghilangkan masalah angin dan masalah pencernaan.


Iklan

ServerFreak 250×250
Ad 250×250
10eightygraphy250x250


Common Name: Pandan Wangi
Scientific Name: Pandanus odorus
Other Name: Pandan, Daun pandan, Rumpe (disebut rum-pay) , Screwpine, Pandon, Screw
Palm, Ketaki, Fara, Hala, Fala, Vadra
Family: Pandanaceae
Location: Ditanam sebagai tumbuhan masakan di sekitar rumah
Origin:


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

http://members.ams.chello.nl/m.j.flamman/pandan/pandan%20recepten%20us.htm

 

Share this:
Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.