Paku Tunjuk Langit

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Paku Tunjuk Langit
Nama Saintifik: Helminthostachys zeylanica
Nama Lain: Paku Tunjuk Langit (Malaysia) /Akar Tunjuk Langit, Jelai (Orang Asli Malaysia) , Pancar Bumi (Jawa) , Flowering Fern, AustralAsian Fern, Di Wu Gong (China) , Hak Tin Hung (Laos) , Toshigoho (Jepun)
Famili: Ophiglossaceace
Lokasi Dijumpai: Di kawasan terbuka seluruh kawasan tropika.Di semenanjung Malaysia
Asal::

 

KETERANGAN:

Paku pakis dari keluarga ophiglossaceace ini boleh dijumpai di kawasan terbuka seluruh kawasan tropika. Di semenanjung Malaysia ia paling banyak dijumpai di Kelantan dan terengganu Selalunya ia dijumpai di kawasan redup yang terbuka dan bertanah liat atau laterit seperti di kebun getah. Ia hanya dijumpai di kawasan bertanah rendah. Di jawa ia di jumpai di pinggir hutan atau di bawah semak yang jarang hingga ke kawasan yang ketinggiannya hampir 400 meter dari paras laut. Pertumbuhan pokok ini juga dikatakan bergantung kepada sejenis kulat yang terdapat di dalam tanah. Spora yang diterbangkan angin memerlukan kulat tersebut sebelum dapat bercambah. Batangnya berupa rizom di bawah tanah dan dari rizom ini munculnya akar-akar serabut yang tebal. Daunnya adalah dari jenis daun majmuk yang terdiri dari banyak anak daun. Bahagian paling atas yang merupakan sporangium yang terbuka menegak ke atas. Sporangium ini tersusun rapat tetapi tidak melekat antara satu sama lain dan membentuk kapsul yang hampir bulat bentuknya. Pada kapsul tersebut terdapat satu garis pembahagi (fisura) . Apabila matang sporangium akan pecah mengikut fisura ini dan spora dilepaskan untuk pembiakan. Sporangium ini berbentuk seolah-olah bunga dan kerana ini ia dipanggil flowering fern dalam bahasa Inggeris. Selain mempunyai nilai perubatan yang tinggi paku pakis ini merupakan sayur dan ulam yang menyelerakan.

 

KEGUNAAN:

Bahagian yang digunakan: akar, rizom keseluruhan bahagian pokok di atas permukaan tanah. Perubatan China menggunakan herba ini sebagai penawar demam (antipyreti)
1. Mengubat penyakit batuk rejang. Rizomnya ditumbuk hingga halus dan dikunyah bersama pinang.
2. Berak berdarah (di sentri) . Akarnya ditumbuk halus dan direbus. Air rebusan ini ditapis, disejukkan dan diminum.
3. Lemah syahwat. Keseluruhan pokok ini termasuk akarnya direbus dan air rebusan ini diminum.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Paku Tunjuk Langit
Scientific Name: Helminthostachys zeylanica
Other Name: Paku Tunjuk Langit (Malaysia) /Akar Tunjuk Langit, Jelai (Orang Asli Malaysia) , Pancar Bumi (Jawa) , Flowering Fern, AustralAsian Fern, Di Wu Gong (China) , Hak Tin Hung (Laos) , Toshigoho (Jepun)
Family: Ophiglossaceace
Location: Di kawasan terbuka seluruh kawasan tropika.Di semenanjung Malaysia
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *