Mulberi

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Mulberi
Nama Saintifik: Morus l.
Nama Lain: Kertau, mulberi, toot (parsi) , shahtoot,
Famili: Moraceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan di Melur.com
Asal:: Amerika utara

 

KETERANGAN:

Mulberi merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaannya. Ia merupakan sejenis pokok kecil dengan ketinggian antara 1 hingga 6 meter. Tergolong dalam genus Morus , terdapat pelbagai jenis mulberi antaranya mulberi hitam (morus nigra) , mulberi putih (morus alba) , mulberi merah (morus rubra) dan pelbagai jenis lagi. Buahnya yang masih muda agak bergetah dan elakkan dari dimakan kerana walaupun tidak kuat, ia masih mempunyai ciri halusigenik (seperti buah-buah mudah yang lain contohnya buah mangga) . Buah yang masak tidak lagi bergetah dan tidak lagi mengandungi ciri halusigenik.

Mulberi boleh membiak melalui dua cara pembiakan utama iaitu biji benih dan keratan batang. Walaupun kaedah keratan batang lebih mudah menghasilkan anak benih berbanding biji benih, anak pokok yang dihasilkan dengan biji benih lebih sihat dan cantik bentuknya berbanding dangan pembiakan melalui keratan batang.

 

KEGUNAAN:

Buah mulberi yang manis dan isinya yang lembut berair apabila masak sangat sesuai dipelbagaikan ke dalam masakan seperti pai, tat, kek dan juga dijadikan jus. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis dan lazat itu. Mulberi hitam mempunyai rasa dan bau yang paling kuat sekali menyebabkan ia digunakan secara komersial untuk menghasilkan perisa dan pewarna berasaskan mulberi.

Daun mulberi, terutamanya mulberi putih, yang juga dikenali sebagai daun kertau merupakan sumber makanan utama kepada ulat sutera dalam industri pembuatan sutera.

Daun mulberi yang tua boleh dijadikan teh dan berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu ia juga mampu mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Mulberi
Scientific Name: Morus l.
Other Name: Kertau, mulberi, toot (parsi) , shahtoot,
Family: Moraceae
Location: Tumbuhan di Melur.com
Origin: Amerika utara

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *