Mengkirai

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Mengkirai
Nama Saintifik: Trema orientalis (l.) blume
Nama Lain: trema, pigeon wood
Famili: Celtidaceae / Ulmaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal::

 

KETERANGAN:

Mengkirai merupakan sejenis pokok yang cepat membesar dan merimbun. Ia mudah dijumpai di kawasan belukar dan hutan di sekitar kampung di Malaysia. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 18 meter. Namun saiz yang biasa dijumpai ialah sekitar 1 hingga 3 meter. Ia bergantung kepada sumber air yang didapatinya, semakin sedikit air yang didapati ia menjadi semakin pendek. Daunnya berbentuk mudah dan tersusun secara berselang pada rantingnya. Saiz daun sekitar 6-15 cm panjang dan 2-5 cm lebar. pucuknya bertekstur kasar dan berbulu, dan akan bertukar menjadi licin apabila tua. Bunganya kecil dan berwarna kehijauan manakala buahnya pula kecil, berbetuk bulat dan berubah menjadi kehitaman apabila masak. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan biji benih.

 

KEGUNAAN:

Perubatan Melayu tradisional menggunakan kulit batang pokok mengkirai sebagai ubat ulser mulut. Cara penggunaannya ialah dengan memotong kulit batang pokok ini dan kulit ini dikulum (seperti makan gula-gula) di dalam mulut. Orang zulu pula makan pucuknya sebagai sayuran. Bahagian pokok ini seperti buah, batang, kulit batang, ranting dan daunnya digunakan sebagai ubat di Afrika barat , Tanzania , Afrika timur dan Madagascar.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Mengkirai
Scientific Name: Trema orientalis (l.) blume
Other Name: trema, pigeon wood
Family: Celtidaceae / Ulmaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *