Mas Cotek

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Mas Cotek
Nama Saintifik: Ficus deltoidea
Nama Lain: Secotek Mas
Famili:
Lokasi Dijumpai:
Asal::

 

KETERANGAN:

Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea dari famili moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang di atas pokok lain (epifit) . Tapi ia juga boleh hidup di atas tanah seperti tumbuhan lain juga. Ia juga dikenali dengan nama telinga beruk, mas secotek dan serapat angin. Pokok ni ada pokok jantan dan pokok betinanya. Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina. Selalunya ia tumbuh pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi (atas pokok lain) .

 

KEGUNAAN:

untuk perubatan pokok ini berkesan untuk menyembuhkan dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. minum airnya bila suam. ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan untuk menyihatkan badan sebanyak 3-5 biji sehari

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Mas Cotek
Scientific Name: Ficus deltoidea
Other Name: Secotek Mas
Family:
Location:
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *