Lidah Buaya

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Lidah Buaya
Nama Saintifik: Aloe vera linn.
Nama Lain: Jadam (Melayu) , Crocodile Tounge (English) , Salvia (Sepanyol) Dan Lu Hui (Cina)
Famili: Liliaceae
Lokasi Dijumpai: Seluruh dunia
Asal::

 

KETERANGAN:

Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert, plant of immortality dan tumbuhan berubat. Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera. Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein. Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan di dalam pasu. Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri di sekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang. Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika utara. Aloe vera membiak dengan cara pembahagian anak. Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam (Melayu) , crocodile tounge (english) , salvia (Sepanyol) dan lu hui (Cina)

 

KEGUNAAN:

Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an. Bahagian yang digunakan adalah daunnya. ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic. ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati. Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan. Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan (salur penghadaman) . Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan. bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan. Untuk kegunaan di rumah pula, gel yang di ekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis. Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga. Untuk penggunaan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Lidah Buaya
Scientific Name: Aloe vera linn.
Other Name: Jadam (Melayu) , Crocodile Tounge (English) , Salvia (Sepanyol) Dan Lu Hui (Cina)
Family: Liliaceae
Location: Seluruh dunia
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *