Letup-Letup

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Letup-Letup
Nama Saintifik: Physalis minima
Nama Lain: Wild capegooseberry
Famili: Solanaceae
Lokasi Dijumpai: Lokasi gambar: Lembah bujang Kedah
Asal:: Tumbuhan tempatan

KETERANGAN:

Di Malaysia terdapat banyak jenis pokok yang dipanggil dengan nama vernakular letup-letup. Nama panggilan ini berdasarkan sifat buah pokok-pokok ini yang akan meletup apabila matang dan melepaskan bijinya ke persekitaran untuk pembiakan. Salah satu pokok yang dipanggil letup-letup ini ialah physalis minima yang biasa dijumpai tumbuh di kawasan-kawasan pertanian atau kawasan tanah terbiar. Ia tergolong dalam kategori rumpai. Ia selalunya tumbuh di kawasan bertanah poros (berpasir) yang kaya dengan bahan organik. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba kecil dengan ketinggian mencapai hingga 1. 5 meter. Tumbuhan ini mempunyai bau yang kuat. Daunnya berbentuk oval dan lembut. Baunya kuat. Buahnya berbentuk beri dan tersimpan dalam kaliks yang mempunyai sepuluh kedutan dan tercantum di atasnya. Apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan kaliks di sekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering. Buahnya yang masak mengandungi jus yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimakan serta dijadikan jem.

 

KEGUNAAN:

Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk pening , sakit pinggang dan kanser .

Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak dan dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat sakit kerongkong.


Iklan

ServerFreak 250×250
Ad 250×250
10eightygraphy250x250


Common Name: Letup-Letup
Scientific Name: Physalis minima
Other Name: Wild capegooseberry
Family: Solanaceae
Location: Lokasi gambar: Lembah bujang Kedah
Origin: Tumbuhan tempatan


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Share this:
Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.