Lemon Balm

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Lemon Balm
Nama Saintifik: Melissa officinalis
Nama Lain: Balm, sweet lemon,
Famili: Labiatae/Lamiatae
Lokasi Dijumpai: Taman Agro Mardi cameron highlan
Asal:: Eropah Selatan

 

KETERANGAN:

Sejenis tumbuhan yang berasal dari Eropah selatan, lemon balm merupakan sejenis herba Inggeris yang mempunyai banyak kegunaan sama ada dari segi perubatan atau untuk masakan. Tumbuhan ini mempunyai akar yang pendek dengan batangannya yang berbentuk empat segi. Ia mempunyai banyak cabang dan boleh membesar hingga ketinggian antara 1 hingga 2 meter pada iklim yang sesuai. Daunnya berbentuk oval, berkedut dan bergerigis pada bahagian tepinya. Daunnya akan menghasilkan bau lemon yang amat kuat apabila dilumatkan. Daunnya juga mempunyai sedikit rasa lemon yang tidak ketara. Bunganya kecil , berwarna putih kekuningan dan selalunya lemon balm yang ditanam di Malaysia tidak akan menghasilkan bunga kerana suhu yang tinggi. Ia merupakan sejenis pokok bukan semusim, tetapi lebih senang mati selepas berbunga. Untuk mengelakkan ia mati, pangkas ketika sedang berbunga supaya tunas baru boleh dihasilkan. Ia boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan pembahagian akar. Ia boleh hidup di pelbagai jenis tanah dengan mengambil kira air yang mencukupi dan suhu yang tidak terlampau panas.

 

KEGUNAAN:

Dari segi perubatan lemon balm membantu menenangkan rasa gugup, membantu penghadaman, mengelakkan sakit kepada , menghalau serangga dan boleh digunakan untuk rawatan aromaterapi. Daunnya yang dihancurkan dan disapu pada kulit akan menghalau nyamuk dari menghisap darah kita. Daunnya digunakan sebagai teh untuk menenangkan. Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti bakteria. Ada kajian mendapati baunya juga boleh melegakan tekanan.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Lemon Balm
Scientific Name: Melissa officinalis
Other Name: Balm, sweet lemon,
Family: Labiatae/Lamiatae
Location: Taman Agro Mardi cameron highlan
Origin: Eropah Selatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *