Krosandra

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Krosandra
Nama Saintifik: Crossandra infundibuliformis
Nama Lain: Firecracker flower, krosandra oren
Famili: Acanthaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal:: India dan Sri Lanka

 

KETERANGAN:

Crossandra infundibuliformis atau dikenali juga dengan nama krosandra oren atau firecracker plant merupakan sejenis tumbuhan hiasan dari kategori tumbuhan renek. Ia banyak ditanam di sekitar halaman rumah di Malaysia. Bunganya yang berwarna terang menyebabkan ia sering dijadikan penyeri laman. selain daripada warna oren terdapat juga krosandra yang berwarna kuning.

Bunga krosandra berasal daripada India dan Sri Lanka. Tumbuhan ini memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Ia boleh ditanam di kawasan yang agak redup tetapi pastikan sekurangnya ia mendapat cahaya matahari yang cukup di waktu pagi atau petang. Medium yang diperlukan oleh tumbuhan ini mestilah mempunyai aliran air yang baik. Biasanya campuran antara tanah kompos, tanah liat dan pasir. Ia memerlukan air yang mencukupi tetapi akan mati jika air bertakung dan tiada pengaliran. Krosandra mudah dibiakkan dengan kaedah keratan batang. Selain daripada itu, ia juga boleh dibiakkan melalui biji benih.

Bunga krosandara yang biasanya berwarna kuning atau oren berada dalam satu jambak. satu jambak bunga biasanya akan mempunyai 3 hingga 7 kuntum bunga yang kembang dalam satu masa. Manakala kudup yang belum kembang akan terus terbentuk. Ini akan menyebabkan setangkai bunga krosandra boleh terus mekar selama lebih kurang dua minggu. Bunga yang berkembang akan layu dan kering dan akan diganti dengan bunga yang lain sehingga habis satu tangkai.

 

KEGUNAAN:

Tumbuhan hiasan

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Krosandra
Scientific Name: Crossandra infundibuliformis
Other Name: Firecracker flower, krosandra oren
Family: Acanthaceae
Location: Tumbuhan hiasan
Origin: India dan Sri Lanka

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *