Ketumpangan Air

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Ketumpangan Air
Nama Saintifik: Peperomia pellucida
Nama Lain: Tumpang angin, rangu-rangu, shiny bush, pepper elder, man-to-man, rat-ear, pansit pansitan, konsaka wiwiri, càng cua (Vietnam) , pak krasang (Thailand) , suna-kosho (jepun)
Famili: Piperaceae
Lokasi Dijumpai: Ditepi longkang dan dikawasan yang agak lembab.
Asal::

 

KETERANGAN:

Tumbuhan tropika semusim ini mudah dijumpai di kawasan-kawasan yang agak lembab dan agak terlindung dari cahaya matahari. Walaupun ia mudah dijumpai namun tidak ramai yang mengetahui khasiatnya. Herba ini tumbuh menegak dengan ketinggian boleh mencapai satu kaki (25-30 cm) . Batangnya dari jenis berair dan senang patah berwarna hijau muda. Daunnya berbentuk seperti daun sirih dan baunnya juga hampir sama. Daunnya berkilat dibahagian atas dan agak kelabu dibahagian bawah. Buahnya bulat , sangat kecil dan berbentuk bujur dan berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila matang mempunyai minyak sari apabila dimasak. Walaupun ia tidak mendapat perhatian di Malaysia namun di negara bukan tropika seperti Eropah, tumbuhan ini dan benihnya dijual secara komersial. Ia dijadikan sayur dan salad.

 

KEGUNAAN:

Di surinam jusnya yang segar diminum untuk mengelakkan jangkitan pada mata, cirit-birit, batuk, selesema, dan jangkitan pundi kencing dan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Daunnya mengandungi bahan antibakteria yang boleh merawat penyakit kulit seperti bisul, jerawat dan kulit melecur. Ia juga boleh digunakan untuk merawat artritis dan rheumatik. Ia juga boleh menjadi penawar kepada sakit sendi dan sakit perut. Cairan dari batangnya juga digunakan untuk menyembuhkan demam dan sakit kepala.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Ketumpangan Air
Scientific Name: Peperomia pellucida
Other Name: Tumpang angin, rangu-rangu, shiny bush, pepper elder, man-to-man, rat-ear, pansit pansitan, konsaka wiwiri, càng cua (Vietnam) , pak krasang (Thailand) , suna-kosho (jepun)
Family: Piperaceae
Location: Ditepi longkang dan dikawasan yang agak lembab.
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *