Kerak-Kerak Nasi

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Kerak-Kerak Nasi
Nama Saintifik: Terenia polygonaides
Nama Lain: Pulut musang, pecah kelambu
Famili:
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:: Tumbuhan tempatan

 

KETERANGAN:

Kerak-kerak nasi atau pulut musang merupakan sejenis tumbuhan liar di kawasan tanah pamah. Ia biasanya dijumpai tumbuh di kawasan yang hanya mendapat 50% cahaya matahari, di bawah naungan pokok-pokok lain. Ia merupakan sejenis pokok berumpun dan membiak melalui sulur. Struktur pokok dan daunnya hampir menyerupai pokok chinese evergreen yang biasa dijadikan hiasan. Bezanya daunnya agak lembut. Batangnya separa berkayu. Buahnya terhasil dalam bentuk tangkai, berwarna hijau ketika muda dan menjadi merah apabila matang. Selalin daripada anak yang terhasil dari sulurnya, ia juga boleh dibiakkan melalui keratan batang.

 

KEGUNAAN:

Tumbuhan ini merupakan sejenis sayur kampung yang sedap. Pucuknya boleh dijadikan sayur air atau sup sayur. Selain daripada sedap dimakan ia juga boleh menjadi penawar kepada penyakit buasir. Selain daripada itu amalan memakan sayur ini juga dikatakan dapat meningkatkan tenaga batin terutamanya pada wanita.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Kerak-Kerak Nasi
Scientific Name: Terenia polygonaides
Other Name: Pulut musang, pecah kelambu
Family:
Location: Tumbuhan liar
Origin: Tumbuhan tempatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *