Kemunting Cina

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Kemunting Cina
Nama Saintifik: Catharantus roseus
Nama Lain: Tapak Dara
Famili:
Lokasi Dijumpai:
Asal::

 

KETERANGAN:

Tumbuhan herba yang akan saya perkatakan hari ni adalah kemunting Cina. Kemunting Cina ni juga dikenali sebagai vinca, periwinkle, Rumput Jalang, Tapak Dara, Kembang Sari Cina, Ros Pantai, Madagascar periwinkle, capeperiwinkle, kihapai (Hawaii) , old-maid, rose periwinkle, rosy periwinkle dan macam-macam nama lagi yang tak tersenarai di sini. Mungkin satu hari nanti saya akan tulis artikel pasal nama-nama lain bagi kemunting Cina. Sekarang ni banyak betul spesies hibrid periwinkle ni yang di jual sebagai tumbuhan hiasan, terutamanya dalam pasu gantung berbagai warna dan lebih tahan dari petunia. Pokoknya membiak dengan 2 cara iaitu keratan batang dan biji benih. Pokok ni asalnya dari Madagascar tapi sekarang ni telah tumbuh meliar dan membiak dengan jayanya di semua kawasan tropika. Batangnya separuh berkayu dan ketinggiannya boleh mencapai hingga 60cm.

 

KEGUNAAN:

Nama saintifik bagi kemunting Cina ialah Catharanthus roseus/Synonymy: Lochnera rosea. Walaupun terdapat spesies yang dibezakan oleh warna bunganya namun untuk kegunaan perubatan hanya spesies yang berbunga ungu dan putih (spesies liar) dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Keseluruhan tumbuhan ini mengandungi alkaloid vinblastine dan vincristine yang telah terbukti berkesan digunakan untuk merawat penyakit leukemia. Pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dengan cara merebus lebih kurang 20g keseluruhan pokok ini yang telah dikeringkan dengan 1 liter air dan diminum 2 kali sehari. Kaedah yang sama digunakan untuk merawat penyakit leukemia. Perlu diingatkan tumbuhan ini di klafikasikan sebagai tumbuhan beracun, bermakna ianya hanya boleh diambil dalam dos yang telah ditentukan. Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi di minta mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Kemunting Cina
Scientific Name: Catharantus roseus
Other Name: Tapak Dara
Family:
Location:
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *