Kemoyang

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Kemoyang
Nama Saintifik: Homalomena sagittifolia
Nama Lain: keladi Kemoyang
Famili: Araceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal::

 

KETERANGAN:

Kemoyang ialah sejenis keladi liar yang mudah dijumpai di kawasan belukar atau hutan hujan tropika. Ia mempunyai ubi yang mempunyai bau wangi. Daunnya menyerupai daun keladi lain dengan permukaan daunnya yang licin dan berkilat. Bunganya yang berbentuk tirus berwarna merah boleh dijumpai tersembunyi di bawah daunnya, dicelah-celah rumpunnya. Ia membiak melalui anak yang akan terhasil dari rizomnya.

 

KEGUNAAN:

Ubi atau isi kemoyang banyak digunakan dalam perubatan Melayu tradisional terutamanya untuk mengubati demam panas (high fever) . Isinya direbus dan air rebusan ini diminum. Kemoyang popular sebagai tumbuhan untuk wanita selepas bersalin. Daunnya dijadikan balut tungku manakala isinya di rebus dan diminum airnya 2 hingga 3 kali sehari untuk mengembalikan kecergasan diri dan mengecutkan rahim. Untuk perut senak atau tidak selesa, daun dan batangnya yang dilumatkan hingga menjadi pes boleh dijadikan ubat sapu. Air rebusannya juga dapat mengubati cirit-birit. Selain daripada itu daun dan batangnya yang telah dicelur sedap dijadikan kerabu dan sayur masak lemak. Kemoyang dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Kemoyang
Scientific Name: Homalomena sagittifolia
Other Name: keladi Kemoyang
Family: Araceae
Location: Tumbuhan liar
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *