Kembang Semangkuk

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Kembang Semangkuk
Nama Saintifik: Scaphium macropodum
Nama Lain: Selayar, Thilaung , samrung, thibyu, shaw, thau-thinbaw (Myanmar) , kembang semangkok, kapas-kapasan (Indonesia)
Famili: Sterculiaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal::

 

KETERANGAN:

Kembang semangkuk atau lebih dikenali juga sebagai selayar merupakan sejenis pokok balak dan banyak didapati di hutan hujan tropika , di kawasan bertanah rendah, terutamanya di semenanjung Malaysia, Thailand dan Myanmar. Kayunya yang agak ringan banyak dijadikan barangan seperti kotak, perabot , lantai lamina , mancis dan pelbagai kegunaan lagi. Daunnya besar dan tersusun dalam bentuk spiral. Ia mempunyai bunga yang berwarna krim dan kecil. Buahnya berada dalam pod yang besar yang akan terbuka dan pecah apabila telah matang. Bijinya bersaiz lebih kurang sebesar ibu jari (dengan diameter antara 1. 5 hingga 3 cm) . Biji ini akan pecah dan menghasilkan sejenis bahan seperti jeli yang akan memenuhi cawan. Tumbuhan ini lazimnya membiak melalui biji benih.

 

KEGUNAAN:

Kembang semangkuk sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang dan lai chi kang. Kembang semangkuk (malva nut) dihasilkan oleh dua jenis pokok dari genus scaphium iaitu scaphium macropodum dan scaphium lychnophorum ia digemari ramai kerana teksturnya yang lembut seumpama jeli. Dalam perubatan tradisional Melayu kembang semangkuk digunakan untuk menurunkan panas badan terutamanya ketika demam panas. Buah kembang semangkuk direndam dalam air hingga pecah dan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Air ini diminum dan buahnya boleh dimakan untuk menyejukkan badan. Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama. Untuk lebih berkesan, selalunya air rendaman kembang semangkuk diembunkan semalaman sebelum diberi minum kepada pesakit.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Kembang Semangkuk
Scientific Name: Scaphium macropodum
Other Name: Selayar, Thilaung , samrung, thibyu, shaw, thau-thinbaw (Myanmar) , kembang semangkok, kapas-kapasan (Indonesia)
Family: Sterculiaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *