Kemangi

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  noraida


Nama Tempatan: Kemangi
Nama Saintifik: Ocimum sanctum linn
Nama Lain: Cemangi
Famili: Lamiaceae /Labiatae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:: Asia

KETERANGAN:

Kemangi merupakan sejenis tumbuhan yang banyak digunakan dalam masakan terutamanya masakan Indonesia. Ia merupakan sejenis tumbuhan beraroma da baunya seakan-akan bau serai. Ia tumbuh rimbun dan mempunyai cabang yang banyak. Daunnya tersusun dalam bentuk pasangan yang bertentangan dan tersusun dari arah atas dan bawah. Batangnya pula berbentuk empat segi dan mempunyai bulu-bulu halus. Bunga kemangi Tersusun pada tangkai bunga yang berbentuk menegak. Bunganya dari jenis hemafrodit (dua jantina) , berwarna putih dan berbau sedikit wangi. Bunga ini akan menghasilkan biji benih kemangi yang banyak dan kecil. Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.

 

KEGUNAAN:

Air rebusan daun kemangi diminum untuk menangani masalah pernafasan, batuk dan bronkitis yang kronik. Kaedah yang sama juga digunakan untuk merawat masalah gastrik. Untuk asma pula jus dari daunnya diminum.


Iklan

10eightygraphy250x250
Ad 250×250


Common Name: Kemangi
Scientific Name: Ocimum sanctum linn
Other Name: Cemangi
Family: Lamiaceae /Labiatae
Location: Tumbuhan liar
Origin: Asia


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Share this:
Leave a Reply