Kecubung

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Kecubung
Nama Saintifik: Datura metel linn
Nama Lain: Horn Of plenty, angel”s trumpet, Downy thorn apple, Devil”s trumpet,
Famili: Solanaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal::

 

KETERANGAN:

Sinonim:Datura fastuosa, Linn. D. alba, Ness. D. fasttuosa, Linn. var alba C. B. Clarke.
Kecubung ialah sejenis pokok renek yang bercabang banyak. Batangnya keras berkayu dan cabangnya seolah-olah membentuk rumpun. Tinggi pokok kecubung selalunya kurang dari 2 meter. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Kini kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza. Jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung dan kecubung kecil. Warnanya bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya. Kandungan kimia dalam kecubung ialah:hiosin, oksalik, lemak dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.

***Amaran:Semua bahagian tumbuhan ini beracun. Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak. Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.

 

KEGUNAAN:

Kecubung biasa digunakan dalam perubatan Melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma, rheumatik, sakit pinggang dan bisul. Untuk asma, 10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga dikatakan dapat merawat resdung. Untuk rheumatik pula daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas. Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Kecubung
Scientific Name: Datura metel linn
Other Name: Horn Of plenty, angel”s trumpet, Downy thorn apple, Devil”s trumpet,
Family: Solanaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *