Kapalterbang

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Kapalterbang
Nama Saintifik: Chromolaena odorata / eupatorium odoratum l.
Nama Lain: Pokok Jepun, Pokok Jerman, pokok busuk-busuk, seketam bukit, Osmia odorata, Chromolaena odorata, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush , aeroplane plant, dan Baby Tea.

Bunganya kecil dan berwarna putih. Biji benih terhasil dari bunga ini dan dilepaskan kepersekitaran dengan bantuan ngain selepas matang. Ia membiak melalui biji benih.Daunnya mempunyai tepi yang bergerigis.Daunnnya mudah hancur bila dilumatkan dan mempunyai aroma yang sangat kuat (busuk)

Famili: Asteraceae, Compositae
Lokasi Dijumpai: Kawasan terbuka
Asal:: Hindi Timur, Amerika Tengah, Amerika Selatan

 

KETERANGAN:

Pokok kapalterbang adalah sejenis rumpai yang biasa dijumpai tumbuh di kawasan terbuka. Tumbuhan ini berbatang lembut dengan bahagian dalam batangnya mengandungi span berwarna putih. Ia boleh tumbuh di semua jenis tanah termasuk tanah jenis berbatu. Ia memerlukan kawasan terbuka dan tidak akan tumbuh di kawasan yang terlindung oleh kanopi pokok lain.

 

KEGUNAAN:

Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun. Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Berhati-hati jika anda menanam pokok ini . Pastikan ia tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil. kegunaan perubatan pokok kapal terbang hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja. Daun kapal terbang dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang luka itu. Selain daripada itu daun kapal terbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. caranya daun kapar terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih) . buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut. Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi.

Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan.

Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.

Peringatan: selepas guna pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikit pun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita. Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada bayinya melalui uri. simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali (pembesaran hati) . ini disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. Malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Kapalterbang
Scientific Name: Chromolaena odorata / eupatorium odoratum l.
Other Name: Pokok Jepun, Pokok Jerman, pokok busuk-busuk, seketam bukit, Osmia odorata, Chromolaena odorata, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush , aeroplane plant, dan Baby Tea.

Bunganya kecil dan berwarna putih. Biji benih terhasil dari bunga ini dan dilepaskan kepersekitaran dengan bantuan ngain selepas matang. Ia membiak melalui biji benih.Daunnya mempunyai tepi yang bergerigis.Daunnnya mudah hancur bila dilumatkan dan mempunyai aroma yang sangat kuat (busuk)

Family: Asteraceae, Compositae
Location: Kawasan terbuka
Origin: Hindi Timur, Amerika Tengah, Amerika Selatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *