Kaduk

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Kaduk
Nama Saintifik: Piper sarmentosum roxb
Nama Lain: Sirih duduk
Famili: Piperaceae
Lokasi Dijumpai: Dikawasan yang agak lembab
Asal::

 

KETERANGAN:

Kaduk ilaah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan Melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedak dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup di kawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

 

KEGUNAAN:

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Kaduk
Scientific Name: Piper sarmentosum roxb
Other Name: Sirih duduk
Family: Piperaceae
Location: Dikawasan yang agak lembab
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *