Kacip Fatimah

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Kacip Fatimah
Nama Saintifik: Labisia pumila
Nama Lain: Mata Pelanduk Hutan
Famili: Myrsinaceae
Lokasi Dijumpai: Malaysia, Thailand, indoChina
Asal::

 

KETERANGAN:

Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar (pecahan akar) . Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna di kawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.

 

KEGUNAAN:

Kacip Fatimah begitu sinonim dgn wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi di samping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsang pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunannya) kedalam seperiuk air (seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism) , gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Kacip Fatimah
Scientific Name: Labisia pumila
Other Name: Mata Pelanduk Hutan
Family: Myrsinaceae
Location: Malaysia, Thailand, indoChina
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *