Jintan Hitam

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Jintan Hitam
Nama Saintifik: Nigella sativa
Nama Lain: Black cumin, Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches, black caraway, black onion seed, charnushka
Famili: Ranunculaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan rempah
Asal::

 

KETERANGAN:

Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka. Ia berasal dari kawasan medditeranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika utara dan sesetengah bahagian Asia seperti India. Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagikan bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya) dan menyerupai pokok fenel. Jintan hitam dihasilkan dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika matang (ketika bijinya dituai) . Buahnya pula berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara. Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

 

KEGUNAAN:

Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala. Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman. Ia juga digunakan oleh ahli perubatan Greek lain untuk mengubat sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing. Ahli perubatan Islam yang terkenal Ibnu Sina di dalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untuk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat. Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM (biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadapan tikus. Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin. Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk perlukan untuk pertumbuhan tumor. Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih. Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Jintan Hitam
Scientific Name: Nigella sativa
Other Name: Black cumin, Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches, black caraway, black onion seed, charnushka
Family: Ranunculaceae
Location: Tumbuhan rempah
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

http://www.shamanshop.net/store/proddetail.cfm/ItemID/16303.0/CategoryID/15500.0/SubCatID/3735.0/file.htm

http://www.planetherbs.com/articles/nigella.html

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *