Jeruju

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Jeruju
Nama Saintifik: Acanthus ilicifolius l.
Nama Lain: Daruju, Jeruju Putih, Holly-Leaved Mangrove, Sea Holy
Sinonim : Acanthus Ebracteatus Val.; A. Volubilis Wall.
Famili: Acanthaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal::

 

KETERANGAN:

Jeruju merupakan sejenis tumbuhan semak yang boleh mencapai ketinggian antara 0. 75 hingga 1. 5 m. Ia mempunyai batang berkayu yang berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Batangnya berwarna hijau dan mempunyai duri pada bahagian di mana daun terbit. Daunnya berbentuk daun tunggal dengan bahagian hadapannya bersilang dan mempunyai duri di bahagian tepi daun. Daunnya bersaiz antara 10 hingga 20 cm panjang dan 5 hingga 6 cm lebar. bunganya berbentuk majmuk dengan panjangnya sekitar 6 hingga 30 cm. Ia mempunyai daun daun pelindung (pengasuh) berlapis dua dengan saiz lapisan dalam lebih kecil dari daun di lapisan luar. Buahnya berbentuk bujur telur berwarna coklat kehitaman setelah matang dan mempunyai biji berwarna hitam yang berbentuk ginjal. Jeruju membiak melalui keratan batang dan biji benih. Akar jeruju berwarna putih kekuningan. ia mengandungi saponin, flavanid dan polifenot dan alkaloid (bijinya)

 

KEGUNAAN:

Daun biji dan akar jeruju digunakan sebagai ubat cacing dalam perubatan tradisional Melayu. 10 g akarnya direbus bersama segelas air selama 15 minit untuk diminum oleh penghidap penyakit kecacingan. Daun mudanya pula berfungsi untuk merawat sakit perut. Daunnya juga digunakan untuk merawat rheumatik dan bisa akibat terkena racun sumpit/panah.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Jeruju
Scientific Name: Acanthus ilicifolius l.
Other Name: Daruju, Jeruju Putih, Holly-Leaved Mangrove, Sea Holy
Sinonim : Acanthus Ebracteatus Val.; A. Volubilis Wall.
Family: Acanthaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *