Jarum Mas

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor


Nama Tempatan: Jarum Mas
Nama Saintifik: Striga asiatica
Nama Lain: Rempah padang, witchweed
Famili: Scrophulariaceae
Lokasi Dijumpai: Dipadang-padang rumput.
Asal::

KETERANGAN:

Jarum mas adalah sejenis rumput yang selalu akan tumbuh diantara rumput biasa di padang-padang rumput dan di tepi-tepi lebuh raya. Jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia.

 

KEGUNAAN:

Khasiatnya untuk perubatan telah diketahui turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. Cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. Pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengambilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya. Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilangkan sakit urat dan sengal badan dengan penyediaannya yang sama.


Iklan

ServerFreak 250×250
Ad 250×250
10eightygraphy250x250


Common Name: Jarum Mas
Scientific Name: Striga asiatica
Other Name: Rempah padang, witchweed
Family: Scrophulariaceae
Location: Dipadang-padang rumput.
Origin:


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Share this:
Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.