Jarak Minyak

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Jarak Minyak
Nama Saintifik: Ricinus communis
Nama Lain: Castor bean, wonder tree, Jarak Minyak, Jarak Berumah, Jarak, Jarak Besar
, castor oil plant, plama Christi, koli, moy bean, dog tick seeds
Famili: Euphorbiaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal::

 

KETERANGAN:

Pokok jarak minyak biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan terbuka seperti kawasan yang dibersihkan untuk pembinaan. Daunnya mempunyai lapan jejari yang seolah olah membentuk bintang. Tangkai daunnya panjang. Warna daun berbeza mengikut varieti. Ada yang berwarna hijau kemerahan dan ada yang hanya berwarna hijau sahaja. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 13 meter dengan batang yang berdiameter antara 7. 5-15 cm. Namun pokok jarak minyak yang biasa dijumpai di Malaysia selalunya hanya mempunyai ketinggian sektar 3-4 meter. Buahnya selalunya berwarna hijau dan mempunyai bulu, ia akan berubah menjadi coklat apabila kering. Bijinya tersimpan dalam kapsul dan biasanya terdiri dari 3 biji untuk setiap kapsul. Selepas matang, kulit buah akan terbuka dan menyebarkan biji benihnya. Cara pembiakannya melalui biji benih. Biji benihnya boleh bertahan selama 2 -3 tahun dalam keadaan kering.

 

KEGUNAAN:

Minyak jarak boleh digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, dengan cara minum minyaknya lebih kurang 4 ml 2 kali sehari ( dilarang minum bagi wanita mengandung dan sedang haid) . Minyaknya juga boleh digunakan untuk mengubati luka dengan cara seluruh bahagian pokok adalah beracun, bahagian yang paling toksid ialah tempurung bijinya yang Mengandungi bahan kimia yang dinamakan ricin. Beracun kepada manusia dan haiwan. Gejala keracunan dari jarak minyak ialah sakit perut yang kuat, cirit birit dan muntah. Gejala ini dirasai selepas beberapa jam termakan bahagian jarak minyak. Selepas beberapa hari gejala seperti terdehidrat, kerap kencing dan penurunan tekanan darah akan dirasai. Selepas 3-5 hari pesakit telah melepasi fasa paling merbahaya dan selalunya akan sembuh. kematian biasanya berlaku di dalam jangka masa 3-5 hari. Hanya satu miligram ricin cukup untuk membawa maut kepada orang dewasa. Hanya sebiji buah jarak minyak mampu untuk membunuh seorang kanak-kanak. Untuk mengelakkan keracunan jangan sesekali menanam pokok ini di kawasan halaman rumah.

Racun pokok jarang boleh dihilangkan dengan memanaskan mana-mana bahagian yang ingin digunakan selama 20 minit pada suhu 100 darjah Celsius atau direbus selama lebih kurang 2 jam. Minyak yang terhasil dari bijinya tidak mengandungi ricin kerana ricin larut dalam air.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Jarak Minyak
Scientific Name: Ricinus communis
Other Name: Castor bean, wonder tree, Jarak Minyak, Jarak Berumah, Jarak, Jarak Besar
, castor oil plant, plama Christi, koli, moy bean, dog tick seeds
Family: Euphorbiaceae
Location: Tumbuhan Liar
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

http://www.hort.purdue.edu/newcrop/duke_energy/Ricinus_communis.html

http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/1998/penawa23.html

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *