Jambu Batu

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Jambu Batu
Nama Saintifik: Psidium guajava linn
Nama Lain: jambu klutuk, jambu biji siki, jambu butir banyak, guava (english) , fanshiliu (mandarin) , koiyappalam ( telugu) , bayabas, guyabas ( Filipina) , farang, ma-kuai, ma-man ( Thai) , oi (Vietnam) , malakapen (burma) , si da ( Laos) , trapaek sruk (kemboja)
Famili: Myrtaceae
Lokasi Dijumpai: tumbuhan tempatan
Asal:: Amerika Tropika (Peru dan Mexico)

 

KETERANGAN:

Jambu batu merupakan pokok yang berstruktur rendang dan mempunyai cabang yang banyak. daun jambu batu berbentuk bujur , berukuran lebih kurang 12 X 6. 5 cm. Daunnya mempunyai urat yang ketara. Bunga jambu batu berwarna putih. Buahnya pula mempunyai kulit buah yang berwarna hijau hingga hijau kekuningan ( bergantung kepada klonnya) . bentuk buahnya juga berbentuk dari bulat hingga ke bentuk seperti buah pear. Antara klon jambu batu yang paling banyak ditanam secara komersial di Malaysia ialah klon kampuchea. Klon ini boleh berbuah selepas 6 hingga 9 bulan ditanam. Ia juga merupakan klon yang mengeluarkan hasil paling banyak iaitu maksimum sehingga 60 tan setahun. Ia juga boleh berbunga dan berbuah 2 hingga 3 kali setahun. Klon lain antaranya ialah jambu batu Taiwan, gloom toon klau, gloom sali, thai seedless, bangkot apple, MAHA 65 (GU5) , Beaumont dan Burma red.

 

KEGUNAAN:

Jambu batu merupakan antara buah yang paling berkhasiat. ini kerana selain daripada kaya dengan vitamin dan mineral ia juga merupakan buah yang berkesan menurunkan paras kolestrol dalam darah. Satu kajian menunjukkan pengambilan jambu batu setiap hari mampu menurunkan 18 % kolestrol setelah diambil selama seminggu. Ia boleh diambil begitu sahaja atau dijadikan jus dengan syarat jus itu tidak dicampuri dengan gula. selain itu, buah jambu batu juga kaya dengan vitamin Cdan juga merupakan anti oksidan.
Daun jambu batu dari segi perubatan juga dijadikan ubat untuk merawat cirit-birit. daun jambu batu direbus dan airnya diminum sebagai penawar cirit birit. Jerawat yang telah sembuh selalunya akan meninggalkan parut dan noda hitam yang ketara pada wajah. Untuk menghilangkan parut jerawat, pucuk jambu batu ditumbuk hingga halus dan digunakan untuk menyental wajah. Gunakan bersama sedikit air seperti
menggunakan lulur.

Amalan menggunakan masker jambu batu juga dapat menghilangkan parut jerawat selain daripada mencegah jerawat baru dari tumbuh. Apa yang anda perlukan untuk

masker ini ialah:
1. Beberapa helai pucuk jambu batu
2. Segenggam beras.
3. Sedikit air.

Daun jambu batu ditumbuk hingga lumat bersama dengan beras. Untuk memudahkan campuran ini boleh juga dikisar kering dengan pengisar. Setelah campuran menjadi halus, masukkan sedikit air hingga campuran menjadi agak pekat. Sapukan pada wajah atau bahagian yang mengalami masalah jerawat. Biarkan kering selama lebih kurang setengah jam setelah itu cuci dengan air suam. Amalan ini perlu dilakukan secara konsisten, sekurang-kurangnya sekali seminggu sehingga kesannya jelas terlihat.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Jambu Batu
Scientific Name: Psidium guajava linn
Other Name: jambu klutuk, jambu biji siki, jambu butir banyak, guava (english) , fanshiliu (mandarin) , koiyappalam ( telugu) , bayabas, guyabas ( Filipina) , farang, ma-kuai, ma-man ( Thai) , oi (Vietnam) , malakapen (burma) , si da ( Laos) , trapaek sruk (kemboja)
Family: Myrtaceae
Location: tumbuhan tempatan
Origin: Amerika Tropika (Peru dan Mexico)

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

http://harizamrry.wordpress.com/2008/05/04/penanaman-jambu-batu/

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bm/panduan_tanam-jambu.htm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *