Gelam Tikus

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Gelam Tikus
Nama Saintifik: Syzygium inophylla
Nama Lain: enggelam tikus
Famili: Myrtaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal:: Tumbuhan tempatan

 

KETERANGAN:

Gelam tikus merupakan sejenis tumbuhan liar yang juga merupakan ulam yang digemari di kampung-kampung kerana rasanya yang enak . Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Myrtaceae ini berkongsi keluarga dengan 1100 spesis tumbuhan lain. Tumbuhan dari keluarga ini asalnya daripada Afrika dan Madagaskar namun kini telah beradaptasi dan menjadi tumbuhan asli di kawasan Asia. Kebanyakan spesis dari keluarga ini masih ditidak dikenali dan amat sedikit maklumat mengenai taksonomi tumbuhan daripada keluarga ini. antara tumbuhan dalam keluarga yang sama yang boleh dimakan dan biasa dijumpai di Malaysia ialah kerian, samak dan salam (serai kayu) .

Buah gelam tikus berwarna putih dan berbentuk beri. Pucuknya yang muda berwarna merah jambu dan sedap dijadikan ulam. Gelam tikus mempunyai batang berkayu dan merupakan tumbuhan dari kategori tumbuhan renek (pokok kecil) . Habitat semula jadinya selalunya di kawasan semak yang lapang dan biasanya dijumpai tumbuh liar di pinggir sawah padi. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan dari keluarga sama dengan tumbuhan landskap yang popular iaitu kelat paya. Dengan kadar pertumbuhan dan kerimbuhan yang sama. jadi ia juga merupakan tumbuhan yang amat sesuai untuk dijadikan tumbuhan pagaran. Gelam tikus membiak melalui 2 cara pembiakan yang utama iaitu keratan batang dan biji benih. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang tahan lasak dan senang dijaga.

 

KEGUNAAN:

Sebagai tumbuhan ulam dan pagaran

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Gelam Tikus
Scientific Name: Syzygium inophylla
Other Name: enggelam tikus
Family: Myrtaceae
Location: Tumbuhan Liar
Origin: Tumbuhan tempatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *