Garuda

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Garuda
Nama Saintifik: Ruta angustifolia
Nama Lain: Aruda, inggu, Rue, Ruta, Herb of grace, common rue, garden rue, herby grass
Famili: Rutaceae
Lokasi Dijumpai:
Asal::

 

KETERANGAN:

Pokok garuda atau pokok inggu ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari negara Eropah namun telah beradaptasi dengan persekitaran tropika dengan jayanya dan didapati tumbuh liar di negara negara tropika. Pokok yang beraroma kuat ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian hingga 1. 5 m. Ia mempunyai batang berkayu yang kecil dan mempunyai cabang yang banyak. Daunnya berwarna hijau muda manakala bunganya yang akan muncul di hujung ranting mempunyai warna hijau muda. Buahnya kecil berwarna coklat dan berbentuk lonjong. Ia mempunyai biji benih yang berbentuk buah pinggang. Ia membiak melalui dua cara iaitu biji benih dan keratan batang. Namun kaedah keratan batang lebih banyak dipraktikkan. Ia biasa juga ditanam di kawasan kebun terutamanya di Indonesia sebagai racun serangga semula jadi. Ia di tanam di antara tumbuhan lain sebagai penghalau serangga perosak.

 

KEGUNAAN:

Dalam perubatan tradisional pokok garuda digunakan terutamanya untuk mengubat penyakit seperti epilepsi (gilababi), hernia, histeria, flebis (radang pembuluh darah) dan artritis. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit lain seperti untuk menurunkan kepanasan badan bagi yang mengalami demam tinggi. Pengguna dengan dos yang terkawal boleh merangsang otot uterus dan menggalakkan pengeluaran haid dan boleh digunakan sebagai penarak kehamilan. Tetapi awas kerana ia juga boleh menyebabkan keguguran bagi wanita hamil. Penggunaan secara terus seperti memakan terus pokok ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman. Penggunaan yang terlalu kerap dan dengan dos yang berlebihan boleh mengundang maut. Sungguhpun begitu pokok ini amat popular dikalangan pengamal perubatan herba. Oleh kerana tumbuhan ini mengandungi kandungan toksin yang tinggi, ia amat berpotensi untuk dikomersialkan sebagai racun serangga organik. Sumbangan Dr Shahrul di Myherba group.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Garuda
Scientific Name: Ruta angustifolia
Other Name: Aruda, inggu, Rue, Ruta, Herb of grace, common rue, garden rue, herby grass
Family: Rutaceae
Location:
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

http://www.iptek.net.id/ind/cakra_obat/tanaman obat.php?id=115

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *