Gaharu/Depu

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Gaharu/Depu
Nama Saintifik: Aquilaria malaccensis
Nama Lain: Karas, Engkaras, Agar Wood, Aquilaria, Krasna, Agaloca, Aloeswood, Eaglewood, Jinkoh.
Famili: Thymelaeaceae
Lokasi Dijumpai: Hutan hujan tropika
Asal:: Tumbuhan tempatan

 

KETERANGAN:

Pokok gaharu atau dikenali juga di Malaysia dengan nama lain seperti depu, karas atau engkaras merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter tingginya. Diameter batangnya pula boleh mencapai sekitar 60 cm. Gaharu merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika, terutamanya di tanah rendah sehingga ke kawasan yang ketinggiannya sehingga 270 meter daripada paras laut. Taburan pertumbuhan depu secara geografinya meliputi kawasan Asia Tenggara, India dan China. Gaharu boleh hidup di semua jenis tanah kecuali kawasan paya dan berair.

 

KEGUNAAN:

Resin yang terhasil di bahagian teras batang pokok gaharu merupakan bahan yang mempunyai nilai komersial yang amat di tinggi di pasaran seluruh dunia. Resin ini telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai setanggi atau kemenyan, digunakan dalam perubatan, kosmetik mahupun bahan untuk upacara keagamaan. Cara tradisional untuk mendapatkan resin ini ialah dengan menebang pokok ini untuk mendapatkan resinnya. Malangnya tidak semua pokok yang telah matang akan menghasilkan resin, menyebabkan ada pokok yang ditebang secara sia-sia sahaja. Ini menyebabkan pokok gaharu mula diancam kepupusan di habitat asalnya. Tetapi kini ada kaedah yang lebih efektif digunakan tanpa perlu menebang dan memusnahkan pokok yang telah matang.

Kini gaharu merupakan spesies tumbuhan yang di lindungi di negara kita. Pengambilan gaharu daripada habitat semulajadi merupakan satu kesalahan di negara kita. Perjanjian antarabangsa seperti CITES (Satu konvensional yang membincangkan urus niaga antarabangsa yang dilakukan ke atas spesis-spesis terkawal) telah diperakui dan dipersetujui oleh 169 buah negara. Persetujuan ini adalah untuk memastikan urus niaga gaharu tidak akan mengancam kepupusan pokok gaharu di habitat semula jadinya.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Gaharu/Depu
Scientific Name: Aquilaria malaccensis
Other Name: Karas, Engkaras, Agar Wood, Aquilaria, Krasna, Agaloca, Aloeswood, Eaglewood, Jinkoh.
Family: Thymelaeaceae
Location: Hutan hujan tropika
Origin: Tumbuhan tempatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *