Flame Violet (Green)

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Flame Violet (Green)
Nama Saintifik: Episcia cupreata
Nama Lain: Episcia,
Famili: Gesneriaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal:: Columbia dan venezuela

KETERANGAN:

Merupakan sejenis tumbuhan herba hiasan yang mempunyai batang yang lembut dan mudah patah. Batangnya dari jenis merayap menyebabkan ia dijadikan tumbuhan hiasan untuk pasu gantung. Walau bagaimanapun jika dibiarkan merayap ia boleh dijadikan tanaman tutup bumi yang menarik.

Daunnya tebal dan mengandungi air. Daunnya juga rapuh dan mudah patah. Bunganya berwarna merah terang, berbentuk loceng dan berdiameter lebih kurang 1 cm.

Flame violet mudah dibiakkan dengan keratan batang. Ia juga akan membiak dengan jalaran akar. Tumbuhan ini menggemari kawasan yang agak lembab dan tidak mendapat cahaya matahari yang terlalu terik. Daunnya akan mudah hangus dan bertukar menjadi kehitaman jika berada di tengah panas, pertumbuhan daun juga akan terencat dan lama kelamaan tumbuhan akan mati. Penjagaannya mudah, cuma pastikan air mencukupi dan ia berada di tempat yang terlindung dari cahaya matahari terus.

 

KEGUNAAN:

Tumbuhan hiasan


Iklan

ServerFreak 250×250
Ad 250×250
10eightygraphy250x250


Common Name: Flame Violet (Green)
Scientific Name: Episcia cupreata
Other Name: Episcia,
Family: Gesneriaceae
Location: Tumbuhan hiasan
Origin: Columbia dan venezuela


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Share this:
Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.