Ekor Anjing

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Ekor Anjing
Nama Saintifik: Plantago major
Nama Lain: Ekor angin, greater plantain, common plantain
Famili: Plantaginaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:: Tumbuhan tempatan

 

KETERANGAN:

Tumbuhan ini merupakan sejenis rumpai yang boleh dijumpai tumbuh liar di negara kita bersama rumput dan rumpai lain. Apa yang agak menarik ada tumbuhan ini ialah bunganya yang menegak dengan ketinggian antara 6 hingga 8 inci. Tumbuhan berumpun ini merupakan tumbuhan yang boleh hidup lama dan bukan tumbuhan semusim. Ia membiak melalui biji benih yang akan dikeluarkan apabila pod buahnya pecah. Ekor anjing mempunyai kandungan kalsium dan beta karotena yang tinggi. Ia juga kaya dengan asid askobik (vitamin c) . Pucuknya yang muda boleh dijadikan ulam atau dimasak sebagai sayuran.

 

KEGUNAAN:

Terdapat beberapa produk dari luar negara yang menggunakan tumbuhan ini sebagai salah satu bahan untuk mengawal dan memberhentikan tabiat merokok. Perokok perlu mengunyah sedikit dari tumbuhan ini setiap kali terasa ingin merokok. Selain dari mengurangkan keinginan merokok ia juga dapat menyegarkan nafas. Selain daripada itu ekor anjing juga mempunyai ciri-ciri menyegarkan, anti-bakteria. ia juga dapat melegakan batuk dan mencairkan kahak serta membantu melegakan pernafasan bagi pesakit asma. Ia juga digunakan untuk masalah jangkitan salur kencing, kencing berdarah, bisa terkena gigitan serangga , masalah keradangan kulit dan sebagai peneutral toksid dalam badan.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Ekor Anjing
Scientific Name: Plantago major
Other Name: Ekor angin, greater plantain, common plantain
Family: Plantaginaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin: Tumbuhan tempatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *