Ceri Barbados

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Ceri Barbados
Nama Saintifik: Malpighia glabra
Nama Lain: Acerola, wild crapemyrtle
Famili: Malpighiaceae
Lokasi Dijumpai: Nurseri Melur
Asal:: India barat dan Afrika Selatan

 

KETERANGAN:

Pokok ceri barbados merupakan sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 3 m. Ia mempunyai buah yang menyerupai buah ceri manis yang biasa digunakan untuk hiasan kek. Tumbuhan ini mempunyai cabang yang banyak dan tumbuh menjadi pokok yang rimbun. Bunganya kecil dengan diameter sekitar 1. 5 cm dan mempunyai lima kelopak dengan dua warna yang biasa dijumpai iaitu merah jambu atau merah. Ia boleh membiak melalui keratan batang dan biji benih. walau bagaimanapun biji benihnya agak sukar untuk bercambah dan kadar percambahannya amat rendah sehingga ia biasanya dibiakkan dengan cara tut atau keratan batang

 

KEGUNAAN:

Buahnya yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi digunakan dengan meluas di tempat asal tumbuhan ini dijumpai. Dikatakan sebiji buahnya sahaja sudah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin C harian badan kita. Selain dimakan begitu sahaja buahnya dijuga boleh dijadikan jus, dan digunakan dalam masakan seperti kek dan biskut.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Ceri Barbados
Scientific Name: Malpighia glabra
Other Name: Acerola, wild crapemyrtle
Family: Malpighiaceae
Location: Nurseri Melur
Origin: India barat dan Afrika Selatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *