Cendawan Tiram Kelabu

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Cendawan Tiram Kelabu
Nama Saintifik: Pleurotus sajorcaju
Nama Lain: Jamur Tiram, Grey Oyster Mushroom, Grey Abalone Mushroom, Shimeji
Famili:
Lokasi Dijumpai: Sayuran
Asal::

 

KETERANGAN:

Cendawan ini merupakan antara spesies cendawan yang boleh dimakan dan penanamannya telah dikomersialkan di Malaysia.

Secara semula jadinya cendawan ini boleh ditemui di kawasan hutan, terutamanya di bawah teduhan pokok yang berdaun lebar dan di kawasan yang agak lembab. Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak dan selalunya ditemui di kawasan yang agak terlindung dan gelap. Pertumbuhannya akan menjadi lebih cepat di kawasan yang agak gelap. Suhu yang sesuai untuk pertumbuhannya ialah antara 23-28 darjah celcius. Kelembapan antara 90-96 peratus perlu dikekalkan untuk memantapkan pertumbuhannya.

 

KEGUNAAN:

Selain daripada rasanya yang sedap sebagai sayur, ia juga baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa keperluan badan mikro. Ia mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah: vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca, Na, Mg dan Cu.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Cendawan Tiram Kelabu
Scientific Name: Pleurotus sajorcaju
Other Name: Jamur Tiram, Grey Oyster Mushroom, Grey Abalone Mushroom, Shimeji
Family:
Location: Sayuran
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *