Cekur Manis

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Cekur Manis
Nama Saintifik: Sauropus androgynus
Nama Lain: Taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush, katuk, ma ni chai,
Famili: Euphorbiaceace
Lokasi Dijumpai: Sayuran
Asal::

 

KETERANGAN:

Tumbuhan yang popular sebagai sayuran di Malaysia ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas. Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter. Ia membiak melalui dua kaedah biasa iaitu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu. Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai. Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang. Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus. Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia juga selalu dicampuri dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap. Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal. Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran. Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid, terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar. Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral. Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua. Tumbuhan ini tumbuh dengan lebih subur di kawasan yang agak redup, ia boleh bertoleransi terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat) dan boleh tumbuh di kawasan tanah liat. Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah sejenis kumbang Adoretus sinicus.

 

KEGUNAAN:

Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. Ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi. Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam.

Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Cekur Manis
Scientific Name: Sauropus androgynus
Other Name: Taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush, katuk, ma ni chai,
Family: Euphorbiaceace
Location: Sayuran
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=Retrieve&db=PubMed&list_uids=9140317&dopt=Abstract

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *