Bunga Tongkeng

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Bunga Tongkeng
Nama Saintifik: Telosma cordata
Nama Lain: bunga stokin, Chinese violet, Fragrant Telosma, Tonkin jasmine, pakalana wine, cowslip creeper, telosoma
Famili: Asclepiadaceae
Lokasi Dijumpai: Melur herbs Garden
Asal:: China

 

KETERANGAN:

Bunga yang di kenali di Malaysia dengan nama bunga tongkeng ini berasal dari China dan ia . ia merupakan tumbuhan dari keluarga Asclepiadaceae. Sinonim bagi bunga ini ialah Cynanchum odoratissimum, Telosma minor, Pergularia minor, Oxystelma ovatum, Telosma odoratissima, Asclepias cordata, Pergularia odoratissima. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti Chinese violet, Fragrant Telosma, Tonkin jasmine, pakalana wine, cowslip creeper, telosoma.

Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai bunga yang harum. Batangnya yang berkayu boleh memanjat sokongan boleh memanjang sehingga 6 meter. Daunnya berbentuk hati mempunyai tangkai daun yang panjang. Bunganya mengeluarkan bau harum yang menyerupai bau harum oren. Bunganya yang berwarna kuning keemasan tersusun dalam jambak bunga sepanjang batangnya. Bau harumnya boleh dinikmati siang dan malam selama seminggu sebelum ianya layu. Baunya menjadi lebih kuat di waktu malam. Di Hawaii bunga ini merupakan antara bunga yang digunakan untuk membuat kalungan bunga yang dipakai di leher.

Bunganya dan pucuknya boleh dimakan. Putik bunga dan pucuknya di goreng atau dijadikan sup. Bunganya sedap kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin A. Ia juga digunakan untuk merawat sakit mata.

Terdapat cerita rakyat China lama yang mengisahkan bunga ini. Pada suatu masa dahulu sekumpulan tentera telah menawan istana pihak musuh. Menjelang senja , mereka telah terhidu satu aroma yang begitu harum dan wangi dibawa angin. Perasaan marah dan semangat juang yang berkobar-kobar beransur hilang apabila mereka terhidu haruman ini. Menjelang pagi pihak musuh telah berjaya menawan mereka dan mereka terpaksa berundur. Haruman yang dihidu itu ialah haruman bunga tongkeng yang berjaya menenangkan hati walaupun tentera yang ganas.

Haruman tongkeng dikatakan seolah-olah campuran antara haruman mawar dan freesiadengn sedikit bau halia. Menjelang senja harumannya menjadi semakin kuat dan harumannya yang paling kuat sekitar pukul 9 malam. Satu kajian menunjukkan sebatian utamanya ialah geraniol yang juga boleh dijumpai dalam bunga mawar dan Beta-ionone yang boleh dijumpai dalam violet. Kajian itu juga menunjukkan sifat meruap Beta-ionone menyebabkan bau wangi bunga tongkeng mudah tersebar ke persekitaran.

Pembiakan
Ia boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Walaupun bunganya juga menghasilkan biji benih, namun ia jarang-jarang dapat dibiakkan menggunakan biji benih.

 

KEGUNAAN:

Tumbuhan hiasan.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Bunga Tongkeng
Scientific Name: Telosma cordata
Other Name: bunga stokin, Chinese violet, Fragrant Telosma, Tonkin jasmine, pakalana wine, cowslip creeper, telosoma
Family: Asclepiadaceae
Location: Melur herbs Garden
Origin: China

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *