Bunga Santalia

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Bunga Santalia
Nama Saintifik: Cestrum noctumum
Nama Lain: night Jessamine , queen of the night, night blooming jasmine, lady of the night, night cestrum, night queen, night-blooming jasmine, night-flowering cestrum, night-flowering jasmine
Famili: Solanaceae
Lokasi Dijumpai: tumbuhan hiasan
Asal:: India

 

KETERANGAN:

Dikenali juga dengan nama bunga dayang, Bunga santalia ialah sejenis tumbuhan hiasan dalam kategori tumbuhan renek. Tumbuhan yang nama botaninya Cestrum Noctumum ini tergolong dalam keluarga Solanaceae. Ia dikatakan berasal daripada India. Santalia ialah tumbuhan dari kategori dikot. Ia sejenis tumbuhan renek dengan batang berkayu. Mempunyai Daun yang berbentuk ringkas dengan permukaan yang berkilat dan licin. Batangnya yang memanjat boleh memanjang sehingga 3. 5 meter.

Bunganya kecil-kecil dan tidak berapa menarik, tetapi aroma yang dihasilkan sangat wangi menyebabkan ia termasuk dalam kategori tumbuhan wangi yang ditanam di halaman rumah. Ia dikenali juga dengan nama lain seperti night Jessamine , queen of the night, night blooming jasmine, lady of the night, night cestrum, night queen, night-blooming jasmine, night-flowering cestrum, night-flowering jasmine. Bunganya yang berwarna putih kehijauan akan mekar pada waktu malam dan mengeluarkan aroma wangi yang amat mengasyikkan. Tampuk bunganya berwarna hijau dan panjang. Bunganya yang kecil dan tersusun dalam jambak muncul di hujung ranting dengan banyaknya sehingga menyebabkan ranting menjadi berat dan tunduk ke bawah. Pokok ini berasal dari India. Pokoknya boleh mencapai empat meter tingginya. Bunganya berjambak, sangat harum, terutamanya pada waktu jam sembilan malam. Ditanam daripada keratan batang atau biji benih. Buahnya berwarna putih. Ia berbentuk beri dan beracun serta perlu dijauhkan dari kanak-kanak.

Penamanan dan penjagaan
Bunga santalia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Ia paling sesuai ditanam di tanah yang berpasir, poros dan bersaliran baik. Ia perlu sentiasa dipangkas untuk memastikan pertumbuhan bunganya. Pokoknya membesar dengan cepat dan pasunya perlu ditukar setiap tahun jika ia ditanam di dalam pasu.

Kesan keracunan
Santalia termasuk dalam kategori tumbuhan beracun. Seluruh bahagian pokok santalia boleh menyebabkan keracunan jika tertelan. Ia mengandungi solanin di dalam buahnya yang belum matang yang akan menyebabkan rasa loya, muntah, pening cirit-birit dan mengantuk. Ia juga boleh menyebabkan kekejangan otot dan pengeluaran air liur yang berlebihan. Di dalam buahnya yang matang pula terdapat atropin yang menyebabkan rasa kepanasan, kering tekak, sakit perut, susah kencing, halusinasi dan tekanan mental. Jika pokok ini ditanam di halaman rumah, apa yang penting ialah mengelakkan buahnya dari di makan oleh kana-kanak kecil.

 

KEGUNAAN:

Sebagai tumbuhan hiasan

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Bunga Santalia
Scientific Name: Cestrum noctumum
Other Name: night Jessamine , queen of the night, night blooming jasmine, lady of the night, night cestrum, night queen, night-blooming jasmine, night-flowering cestrum, night-flowering jasmine
Family: Solanaceae
Location: tumbuhan hiasan
Origin: India

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *