Bunga Raya

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Bunga Raya
Nama Saintifik: Hisbiscus rosa sinensis
Nama Lain: Bunga sepatu, kembang sepatu, chinese hibiscus, chinese rose, hawaian hibiscus, shoeblackplant,
Famili: Malvaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan melur.com
Asal:: Asia Tenggara

 

KETERANGAN:

Bunga raya telah dijadikan bunga kebangsaan Malaysia pada akhir tahun 1958. Tumbuhan berbentuk renek ini merupakan tumbuhan hiasan yang amat popular dan ditanam. Sifatnya yang tahan dan tidak memerlukan penjagaan rapi di samping bunganya yang amat menarik dengan pelbagai warna garang dan memikat hati.

Tumbuhan ini merupakan pokok kecil yang bole mencapai ketinggian antara 2. 5 hingga 5 meter. Bunganya mempunyai 5 kelopak dengan stigma ditengah-tengahnya.

Hidup subur di kawasan beriklim tropika, tumbuhan ini dibiakkan dengan kaedah keratan batang.

Pelbagai jenis kacukan dan hibrid bunga raya dengan pelbagai warna bunga telah dicipta. Antara hibrid yang popular dan biasa dijumpai di Malaysia ialah:
1. King Kakalua
2. Mystic Pink
3. Pepper’s Surprise
4. Timeless
5. Apricot Brandy
6. Brilliant
7. Feelin Blue
8. Fire
9. Heart and Soul
10. Berganda
11. Kinchen’s Yellow
12. Pastel Pie

 

KEGUNAAN:

Dipanggil kembang sepatu atau bunga sepatu kerana bunganya digunakan untuk mengilatkan kasut. Bunga raya juga boleh dimakan dan boleh dijadikan jem. Selain itu ia juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Cirinya bersifat anti-demam ( antipyretic) dapat digunakan untuk merawat demam panas. Daunnya di tumbuk dan lendir yang terhasil digunakan untuk melebatkan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Ia juga digunakan untuk menghitamkan rambut.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Bunga Raya
Scientific Name: Hisbiscus rosa sinensis
Other Name: Bunga sepatu, kembang sepatu, chinese hibiscus, chinese rose, hawaian hibiscus, shoeblackplant,
Family: Malvaceae
Location: Tumbuhan melur.com
Origin: Asia Tenggara

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *