Bunga Lawang

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Bunga Lawang
Nama Saintifik: Illicium verum hooker fil.
Nama Lain: Star anise, Indian anise, Chinese anise, Badian anise (English) , Fructus Anisi stellati (nama farmaseutikal) , Ba jiao, Pak kok, Baat gok (Cina) , Adas China, bunga lawang (Malaysia) ,
Famili: Illiciaceae/ Magnoliaceae
Lokasi Dijumpai: Rempah
Asal::

 

KETERANGAN:

Nama Cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segi lapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman. Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil. Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.

 

KEGUNAAN:

Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi) . Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh. Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Bunga Lawang
Scientific Name: Illicium verum hooker fil.
Other Name: Star anise, Indian anise, Chinese anise, Badian anise (English) , Fructus Anisi stellati (nama farmaseutikal) , Ba jiao, Pak kok, Baat gok (Cina) , Adas China, bunga lawang (Malaysia) ,
Family: Illiciaceae/ Magnoliaceae
Location: Rempah
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *