CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Bunga Cina Oren

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Bunga Cina Oren
Nama Saintifik: Gardenia coronaria/carinata
Nama Lain: Kedah Gardenia, Mentiong kedah, Golden gardenia, Orange Gardenia, Malaysia Tree Gardenia, Cempaka hutan, ring-hkat-kri (myanmar)
Famili: Rubiaceae
Lokasi Gambar: Tumbuhan Melur
Asal: Malaysia


    

   

PENGENALAN:

Bunga Cina oren atau bunga Cina kuning juga dikenali sebagai Cempaka hutan. Baunya amat wangi dan mengeluarkan bunga yang banyak dan lebat. Untuk berbunga dengan lebat ia memerlukan sinaran matahari yang sepenuhnya. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 15 kaki jika ditanam di atas tanah.

Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya. Untuk pertumbuhan akar yang cepat keratan batangnya juga boleh direndam dalam air sehingga akarnya keluar. Selepas itu baru dipindahkan ke dalam polibeg yang berisi tanah yang bersaliran baik. Pada peringkat awal , pastikan air yang mencukupi diberikan, lebih kurang 3 kali sehari. Setelah benih telah berusia lebih kurang sebulan, siraman dua kali sehari ketika musim kemarau sudah memadai. Pembajaan boleh dilakukan dua minggu sekali menggunakan baja NPK untuk memastikan pertumbuhan pokok serta bunganya.

Bunga Cina memerlukan tanah yang bersaliran baik. Ia memerlukan air yang mencukupi tetapi air yang terlalu banyak akan menyebabkan akarnya reput. Tumbuhan ini boleh ditanam walaupun di tempat yang agak redup tetapi untuk menjamin pengeluaran bunga yang berterusan ia perlu mendapat cahaya matahari yang mencukupi.

Penyakit.
Walaupun bunga Cina merupakan yang senang dijaga, namun ia tidak terlepas daripada serangan serangga perosak antaranya penyakit daun bertompok, hawar benang, hawar daun dan karat merah. Serangan perosak ini boleh ditangani menggunakan racun serangga seperti malathion atau pelbagai racun serangga organik yang terdapat di pasaran. Atau kita juga boleh menyediakan racun serangga perosak sendiri di rumah dengan menggunakan bahan asas seperti bawang putih, bawang merah dan cili padi. Bahan-bahan ini dikisar dan diambil airnya untuk disemburkan pada pokok.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Kegunaan perubatan. Di Myanmar kulit batangnya yang dikeringkan direbus dan dijadikan tonik pahit untuk mengubati demam malaria.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Bunga Cina Oren
Scientific Name: Gardenia coronaria/carinata
Other Name: Kedah Gardenia, Mentiong kedah, Golden gardenia, Orange Gardenia, Malaysia Tree Gardenia, Cempaka hutan, ring-hkat-kri (myanmar)
Family: Rubiaceae
Location: Tumbuhan Melur
Origin: Malaysia

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa