Bunga Cina / Melur Cina

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Bunga Cina / Melur Cina
Nama Saintifik: Gardenia augusta
Nama Lain: Kacapiring, Gardenia
Famili: Rubiaceae
Lokasi Dijumpai:
Asal::

 

KETERANGAN:

Bunga Cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya. Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah di tempat yang beriklim agak sejuk seperti di kawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 – 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum.

 

KEGUNAAN:

Ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit seperti Kencing manis (diabetes mellitus) , sariawan, demam dan sembelit. carnya untuk kencing manis 12 helai daun bunga Cina direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk sariawan pula 7 helai daunnya diramas dengan secawan air, tapis dan campurkan air itu dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air, tapi , capur dengan gula batu dan minum 2 kali sehari. Untuk sembelit pula ambil 3 biji buahnya, rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tinggal satu gelas, minum airnya.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Bunga Cina / Melur Cina
Scientific Name: Gardenia augusta
Other Name: Kacapiring, Gardenia
Family: Rubiaceae
Location:
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *