Buah Susu/Avocado

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Buah Susu/Avocado
Nama Saintifik: Persea americana
Nama Lain: Alpulkat, palta, aguacate (spanish) , butter pear, alligator pear
Famili: Lauraceae
Lokasi Dijumpai:
Asal:: Mexico

 

KETERANGAN:

Merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada Mexico. Ia merupakan sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter jika tumbuh dalam keadaan yang optimum. Daunnya tersusun dalam bentuk selang seli dan panjang daunnya ialah antara 12 hingga 20 cm. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Buah avocado berbentuk seperti buah pir dah lazimnya panjang buahnya antara 7 hingga 12 cm. Tumbuhan ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang serta kaedah lain seperti tut dan grafting

 

KEGUNAAN:

Buah avocado merupakan buah yang boleh digunakan untuk pelbagai resepi masakan. Ia boleh dijadikan puding , sup dan aiskrim. Ia juga sedap dimakan bersama susu. Buahnya yang masak ranum digaulkan bersama susu pekat dan dimakan sebagai manisan. Selain daripada itu buah avocado juga mempunyai kegunaan sebagai kosmetik terutamanya untuk kecantikan kulit.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Buah Susu/Avocado
Scientific Name: Persea americana
Other Name: Alpulkat, palta, aguacate (spanish) , butter pear, alligator pear
Family: Lauraceae
Location:
Origin: Mexico

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *