Bonglai

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Bonglai
Nama Saintifik: Oroxylum indicum dan pajanelia longifolia
Nama Lain: pokok bolai, bongloi, boli, boloi, bikir, kulai, merkulai, merlai, beka , Shyonaka (India) , wooden butterfly, mu hu die,
Famili: Bignoniaceae
Lokasi Dijumpai: Tepi hutan, tepi jalan dan kampung
Asal::

 

KETERANGAN:

Bonglai ialah sejenis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional. Buah bonglai yang muda dan daunnya dijadikan sayuran sungguhpun rasanya agak pahit sedikit. Masyarakat jawa turut menjadikan bunga bonglai sebagai sayuran. Buah bonglai juga sedap dijadikan kerabu setelah dibakar terlebih dahulu. Bunga bonglai kembang malam dan akan gugur pada keesokan harinya. Kelawar menjadi agen pendebungaan bonglai kerana ia tertarik pada bau yang dihasilkan oleh bunga bonglai.
Terdapat juga Bonglai putih (Aingeber cassumunar) . Bonglai boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang

 

KEGUNAAN:

Daun bonglai yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka. Dalam perubatan Melayu kayu bonglai merujuk kepada dua jenis tumbuhan iaitu Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia. Kulit kayu bonglai yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung, sakit lutut kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat. Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis. Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal di dahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala. Kulit pokok bonglai mengandungi alkaloid, asid tandik, galaktos dan sitosterol. Bonglai digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan India (ayurveda
) .

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Bonglai
Scientific Name: Oroxylum indicum dan pajanelia longifolia
Other Name: pokok bolai, bongloi, boli, boloi, bikir, kulai, merkulai, merlai, beka , Shyonaka (India) , wooden butterfly, mu hu die,
Family: Bignoniaceae
Location: Tepi hutan, tepi jalan dan kampung
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *