Beri Hitam

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Beri Hitam
Nama Saintifik: Rubus fruticosus agg
Nama Lain: Blackberry, blackberry cane, bramble bush
Famili: Rosaceae
Lokasi Dijumpai: Taman Agro Pertanian Mardi Cameron Highland
Asal:: England

KETERANGAN:

Beri hitam atau lebih dikenali dengan nama englishnya blackberry merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga ros. Tergolong dalam genus bramble, ia merupakan gabungan lebih kurang 320 spesies tumbuhan dari genus rubus. Ia merupakan tumbuhan jenis kekal dan akan hidup dalam satu jangka masa yang lama jika diberikan penjagaan yang baik. Batang blackberry berduri dan durinya sama dengan duri bunga ros. Daunnya berbentuk oval, bergerigis dibahagian tepi daun dan mempunyai urat daun yang jelas dan jaraknya berdekatan. permukaan daunnya berkilat. Blackberry membiak menggunakan kaedah keratan batang. cara mudah membiakkannya ialah dengan menyemai keratan batangnya di dalam pasir terlebih dahulu sebelum dipindahkan dan disemai di dalam polibag. Bunga blackberry berwarna putih. buahnya pula berwarna hijau ketika muda , bertukar merah apabila tua dan akan menjadi merah kehitaman apabila ranum. rasa buah blackberry yang ranum masam-masam manis dan buahnya berair dan sedap.

 

KEGUNAAN:

Kegunaan blackberry lebih kepada kegunaan dalam masakan. Ia dijadikan jem, jeli, paidan jus. Blackberry yang dikeringkan sedap dimakan bersama bijirin sarapan.


Iklan

10eightygraphy250x250
Ad 250×250


Common Name: Beri Hitam
Scientific Name: Rubus fruticosus agg
Other Name: Blackberry, blackberry cane, bramble bush
Family: Rosaceae
Location: Taman Agro Pertanian Mardi Cameron Highland
Origin: England


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Share this:
Leave a Reply