Bemban

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Bemban
Nama Saintifik: Donax grandis
Nama Lain: common donax, lamah (kadazan dusun)
Famili: Marantaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal:: Tumbuhan tempatan

 

KETERANGAN:

Bemban merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh. Daunnya yang agak besar dan berbentuk oval itu mempunyai permukaan yang cantik berkilat. Batangnya tinggi dengan daunnya terletak di bahagian hujung batang. Bunganya berwarna putih dan menghasilkan bau wangi yang tidak kuat. Buahnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Bemban mudah membiak melalui anak yang terhasil dari rumpunnya. ia boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun.

 

KEGUNAAN:

kulit batangnya yang telah dibelah nipis digunakan untuk menjahit atap rumbia. selain daripada itu ia juga boleh dianyam untuk dijadikan bakul. Perkataan bemban itu sendiri memberi maksud perangkap ikan sesuai dengan kegunaan batangnya yang boleh dianyam dan digunakan untuk menangkap ikan. Daunnya boleh digulungkan dijadikan serunai dan menghasilkan bunyi yang merdu dan menjadi permainan kanak-kanak kampung. batangnya juga boleh dijadikan senapang mainan.

Bemban juga mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri. Jus yang diperah dari tumbuhan ini digunakan sebagai ubat titis mata untuk sakit mata. Teknik perubatan ini digunakan terutamanya oleh masyarakat Kadazan dusun di sabah. Ia dititiskan pada mata yang sakit sebanyak tiga kali sehari (sumber: http://www. Borneofocus. com/siap/vaic/R&D/article13. htm)

bemban juga merupakan habitat utama bagi kelip-kelip. Ia juga sesuai dijadikan tumbuhan hiasan yang memaparkan ciri-ciri tropika.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Bemban
Scientific Name: Donax grandis
Other Name: common donax, lamah (kadazan dusun)
Family: Marantaceae
Location: Tumbuhan Liar
Origin: Tumbuhan tempatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *