fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Belimbing Pasir 1

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Noraida


Nama Tempatan: Belimbing Pasir 1
Nama Saintifik: Oxalis corniculata
Nama Lain: Indian sorrel, amboti-ki-patti (India) , creeping wood sorrel, yellow wood sorrel, weedy oxalis (english)
Famili: Oxalidaceae
Lokasi Gambar: Tumbuhan liar
Asal: Tumbuhan tempatan


    

   

PENGENALAN:

Tumbuhan dari jenis dikotiledon ini mudah dijumpai tumbuh liar di kawasan lapang yang berpasir. Ia mudah menguasai sesuatu kawasan dan merupakan rumpai yang perlu dikawal di kawasan pertanian. Ia merupakan tumbuhan yang kecil dan menjalar dan boleh menjalar spenajang 12 hingga 30 cm dari akarnya. Batangnya kecil , rapuh dan mudah patah serta mempunyai bulu-bulu halus. Ia mempunyai bunga berwarna kuning terang manakala buahnya pula berbentuk silinder dan mempunyai banyak biji benih yang halus. Ia selalunya tumbuh di kawasan yang agak lembat dan mempunyai air yang mencukupi. Di Malaysia tumbuhan ini banyak didapati tumbuh ketika musim hujan. Bunganya mempunyai rasa yang masam kerana ia mengandungi asid oksalik. Selain daripada itu ia juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan kalsium. Ia juga kaya dengan kalium oksalat. Daunnya pula mengandungi sedikit selulos.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Belimbing pasir banyak digunakan dalam perubatan tradisional Melayu dan India untuk mengubati demam. Air rendaman daunnya yang diramas-ramas dapat menurunkan suhu badan. Untuk penyakit skurvi, ia digunakan untuk rawatan dan pencegahan. air rendaman daunnya digunakan untuk tujuan ini. Untuk senak perut pula, daunnya yang disegar dimakan. Daunnya juga boleh dijadikan appetizer atau pembuka selera. Daunnya yang direbus bersama bersama mentega dan susu digunakan untuk menangani masalah berak berdarah (di sentri) dan enteritis yang tidak terlalu teruk. Daun segar yang ditumbuk bersama madu atau gula juga boleh digunakan untuk tujuan ini. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk merawat penyakit kuning, dahaga melampau yang disebabkan oleh diabetis atau bahang cuaca yang terlalu panas (keadaan ini sering dialami di beberapa tempat di India pada musim kemarau) . Ia juga digunakan untuk penyakit lain seperti masalah kulit, insomnia dan masalah mata. Oleh kerana ia mengandungi asid oksalik yang berkepekatan tinggi, pesakit gout, artritis dan rheumatik dilarang dari mengambil persediaan herba dari tumbuhan ini.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Belimbing Pasir 1
Scientific Name: Oxalis corniculata
Other Name: Indian sorrel, amboti-ki-patti (India) , creeping wood sorrel, yellow wood sorrel, weedy oxalis (english)
Family: Oxalidaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin: Tumbuhan tempatan

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!