Bayam

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Bayam
Nama Saintifik: Amaranthus sp.
Nama Lain: Spinach, Bayam Hijau, Bayam Merah
Famili: Amaranthaceae
Lokasi Dijumpai: Tanaman sayuran
Asal::

 

KETERANGAN:

Bayam ialah sejenis sayuran yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia digemari pelbagai golongan masyarakat kerana rasanya yang seap. Malah legenda masyarakat Melayu seperti Raja bersiung juga memperkatakan kelazatan bayam yang menjadi santapan harian Raja bersiung. Bayam terdapat dalam dua jenis yang biasa iaitu bayam merah dan bayam hijau. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. Bayam boleh hidup subur di tanah gambut, beris dan tanah bekas lombong yang mempunyai PH antara 5. 5 hingga 6. 5. Bayam memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan. Siraman dibuat 2 kali sehari ketika cuaca panas dan dilakukan secara manual atau sistem pengairan renjis.

 

KEGUNAAN:

Bayam baik untuk kesihatan mata dan membantu mengekalkan kesihatan mata kita. komposisi zat dalam sayur bayam terdiri dari tenaga (paling banyak) , air, protin, lemak, karbohidrat, serabut, abu, kalsium, Fosforan , Besi, Natrium, Kalium, Beta-Karoten, Vitamin B1, Vitamin B2, Niacin, Vitamin C.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Bayam
Scientific Name: Amaranthus sp.
Other Name: Spinach, Bayam Hijau, Bayam Merah
Family: Amaranthaceae
Location: Tanaman sayuran
Origin:

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *