Asam Kerenda

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Asam Kerenda
Nama Saintifik: Carissa carandas l.
Nama Lain: karanda (English) , caranda plum, Cu Huang Guo (China)
Famili: Apocynaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan tempatan
Asal:: India

 

KETERANGAN:

Asam kerenda merupakan sejenis tumbuhan tempatan yang biasa kita jumpai di kampung-kampung. Ia biasa di tanam sebagai tumbuhan hiasan laman. Buahnya yang masam biasanya menjadi kegemaran kanak-kanak kampung. Ia merupakan sejenis sejenis tumbuhan renek separa menjalar. Ini bermaksud jika rantingnya dibiarkan panjang dan tidak dipangkas ia juga boleh menjalar dan memanjat sebarang sokongan yang berhampiran dengannya sama seperti pokok bunga kertas. Pokok asam kerenda berasal daripada India namun kini ia telah menjadi tumbuhan tempatan di Malaysia.

Daun asam kerenda berwarna hijau tua dengan permukaan daunnya berkilat. daunnya agak kecil. Bunganya pula berwarna putih dan mempunyai bau yang agak wangi. Buahnya kecil-kecil, berwarna hijau ketika muda, bertukar menjadi merah apabila masak dan akhirnya menjadi merah kehitaman apabila telah masak ranum. Selain daripada dimakan secara mentah buahnya yang masak juga boleh dijadikan jem. Pembiakan asam kerenda boleh dilakukan melalui cara biasa iaitu keratan batang dan biji benihnya.

 

KEGUNAAN:

Tumbuhan hiasan herbadan buah-buahan

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Asam Kerenda
Scientific Name: Carissa carandas l.
Other Name: karanda (English) , caranda plum, Cu Huang Guo (China)
Family: Apocynaceae
Location: Tumbuhan tempatan
Origin: India

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *