Anggur

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Anggur
Nama Saintifik: Vitis vinifera
Nama Lain: Grape
Famili: Viticeae
Lokasi Dijumpai:
Asal:: Kawasan Medditerranean

 

KETERANGAN:

Anggur merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar dan mempunyai batang berkayu. Tergolong dalam keluarga vitaceae anggur mempunyai lebih kurang 8000 varieti yang ditanam seluruh dunia.

Buah anggur tumbuh dalam gugusan yang boleh mengandungi sahingga 300 buah dalam satu tangkai. pelbagai varieti anggur boleh dibezakan dengan warna buah Anggur yang telah masak. Buahnya terdapat dalam pelbagai warna seperti hijau, merah ungu, ungu kehitaman, keemasan, kuning kemerahan, merah jambu dan putih.

 

KEGUNAAN:

Hasil dari penemuan arak yang berusia 7000 tahun di Iraq pada tahun 1996, anggur didapai telah digunakan untuk dijadikan arak semenjak zaman neolitik lagi.

Buah anggur boleh dimakan secara mentah atau dijadikan jem, jus, jeli, kismis, wain, jeruk dan perisa masakan. Bukan hanya buah anggur boleh dimakan, daunnya juga boleh digunakan untuk dijadikan teh dan dolma. dolma merupakan sejenis makanan berasaskan sayuran. Daun anggur digunakan sebagai pembungkus sayur-sayuran lain yang dijadikan inti. Antara resepi dolma ialah:

Dolma daun anggur

bahan-bahan:
1. beberapa helai daun anggur
2. 1 1/2 cawan beras
3. 2 sudu makan tomato puri
4. 2 biji bawang besar di cincang halus
5. 2 sudu makan kismis
6. 2 sudu makan kacang pine atau badam atau gajus
7. 1 sudu makan serbuk kayu manis
8. I sudu makan serbuk Allspice
9. 1 sudu makan serbuk mint
10. 1 sudu makan minyak zaitun.

Cara penyediaan:
1. tumis bawang besar dalam minyak zaitun hingga naik bau, masukkan beras, dan masukkan air panas hingga menutupinya sama seperti memasak nasi) .
2. tutup dan masak dengan api yang perlahan sehingga nasi separuh masak. Lebih kurang 10 minit.
3. Tutup api, masukkan tomato puri, kismis, kacang dan semua rempah. Biarkan sejuk.
4. apabila sejuk, letak lebih kurang satu sudu makan nasi ke atas daun anggur dan gulungkan. Boleh menggunakan lidi untuk mengemaskan bungkusan.
5. kukus 30 hingga 45 mini sehingga nasi betul-betul masak.
6. Dolma biasa dihidangkan sejuk. Perahkan jus lemon ke atas dolma ketika dihidangkan.

Daun anggur yang dipotong halus-halus dan dikeringkan boleh dijadikan teh.

Anggur merupakan antara sumber yang paling baik untuk vitamin C. ia juga kaya dengan kalium. Mengandungi 80% kandungan air dan berkalori rendah.

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Anggur
Scientific Name: Vitis vinifera
Other Name: Grape
Family: Viticeae
Location:
Origin: Kawasan Medditerranean

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *