Anggerik Merpati

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Anggerik Merpati
Nama Saintifik: Dendrobium crumenatum
Nama Lain: Anggerik desa, orkid merpati, sepulih anggerik, sakat harum, tokmaisi, orkid desa, pigeon orchid, white dove orchid, daun seputih tulang, angerek bawang, bunga angin
Famili: Orchidaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:: Tumbuhan tempatan

 

KETERANGAN:

Anggerik merpati merupakan antara orkid liar yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia merupakan sejenis tumbuhan epifit , iaitu pokok penumpang yang tidak akan menyerap makanan daripada pokok yang ditumpangnya kerana ia mampu membuat makanan sendiri. Ia paling mudah dijumpai tumbuh pada dahan kayu yang telah tua. Antara pokok-pokok yang biasa ditumpang oleh anggerik merpati ialah pokok durian, pokok getah dan pokok kelapa sawit. Kelebihan orkid ini ialah bunganya yang berwarna putih mempunyai bau yang sangat harum. Sayangnya keharuman kuntuman orkid ini hanya boleh bertahan dalam masa 2 hari sahaja. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak selalunya selepas hujan lebat yang turun selepas cuaca panas yang berpanjangan.

 

KEGUNAAN:

Walaupun anggerik ini mempunyai bunga yang cantik dan berbau wangi, ia jarang dijadikan tumbuhan hiasan kerana bunganya yang hanya dapat bertahan selama 1 hingga 2 hari sahaja. Tumbuhan ini tergolong antara tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Antara kegunaannya dalam perubatan ialah air yang dikeluarkan daripada batangnya untuk mengubati sakit telinga

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Anggerik Merpati
Scientific Name: Dendrobium crumenatum
Other Name: Anggerik desa, orkid merpati, sepulih anggerik, sakat harum, tokmaisi, orkid desa, pigeon orchid, white dove orchid, daun seputih tulang, angerek bawang, bunga angin
Family: Orchidaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin: Tumbuhan tempatan

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *